time


hai--


A NURSE to be says..

My photo
kata pepatah.."times is gold.."but for nurses "a seconds is life.." if A NURSE late for one second it mean a nurse have kill a people.. so means.. NURSING is not an easy job..NURSE hand's is healing but in the same time it killing.. when nurses make a mistake..they will get a punishment..but when they do save your life or healing your parents..do you say 'thank you nurse'? or even give a smile..

Friday, May 20, 2011

buat kau yg tiada

Terkenang sesuatu yang sangat menyakitkan. Yang hanya mampu bersua di dalam mimpi tanpa bicara sepatah kata.. sama seperti dulu ketika kau pergi tinggalkan aku juga tanpa sepatah kata..hanya ciuman terakhir yang memisahkan kita selamanya..tak bisa lagi merintih untuk bersamamu..tak kedengaran lagi kebimbangan yang sering kau zahirkan terhadapku.. tiada lagi suara manja pinta perhatian.. segalanya telah berubah.. aku tidak lagi punya kamu selama akan datang hidup ku..kau pergi jauh tinggalkan aku disini. Aku tidak lagi mendapat kasih sayang lelaki yang telah kau berikan. Dan cinta kita hilang di saat aku berjauhan denganmu.
Rindu.. Teramat..
Semoga kau tenang di sana dan aku pasti pergi menemui mu..
Segala jasa yang kau berikan tak akan pernah aku lupakan. Akan aku cari kejayaan yang kau harapkan dari aku. Akan aku jadi manusia yang baik yang kau inginkan dari aku. Akan aku bina hidup sempurna dengan redha yang telah kau berikan.

“nak hidup kene pandai-pandai, betul atau salah kita tetap menang. Tapi mesti guna akal”

 Aku sentiasa ingat dan faham apa yang kau ajarkan dulu. Itulah yang menjadi panduan hidup aku sejak kau pergi tinggalkan aku. Kau lelaki yang tabah harungi hidup ini. Kau tak pernah senang sehingga ke akhir hayat kau. Tapi kau sentiasa menyenangkan hidup aku. Kau lelaki yang hebat berjuang demi  aku. Nama kau akan sentiasa tersemat di hati aku dan tak akan ada yang mampu menyingkirkan kau dari hidup aku. Kerana kau yang terbaik dalam hidup aku..
Cinta yang telah kau berikan pada aku sentiasa menemani hari-hari aku. Dan aku sangat merindu cinta itu mekar di hati ku.
Aku degil. Aku keras kepala. Aku nakal. Aku kelakar. Aku menghiburkan. Aku suka ketawa. Aku pendengar yang baik. Aku memahami. Aku pemarah. Aku mudah terasa. Aku suka memerhati. Aku penyayang. Aku mudah menangis. Aku sentiasa ingin menang. Aku ingin lebih. Aku bergaya. Aku tak suka selekeh. Aku ingin yang baru. Aku suka duit. Aku manja. Aku ingin perhatian setiap masa. Aku ingin kekasih aku sentiasa bersama aku. 
Itulah kau yang ada pada diri aku. Tak satu pun kurang tak satu pun lebih. Itu lah sikap kau yang aku warisi kerana kau lah yang mendidik aku..
Kau kekasih aku. Yang memberi aku cinta. Yang mengajarkan aku erti hidup. Yang tunjukkan aku masa depan. Yang bawa aku berjalan kearah cahaya.
Tak akan ada pengganti  kau dan tak ada sesiapa yang yang dapat menggantikan kau di dunia ni.
Kau lah yang terbaik..
Aku sentiasa menyayangi mu.
Kenangan terindah hidup denganmu..
MAT RASHID B SEPIAH  the BEST FATHER in the world!!
Happy father’s day ayah..