time


hai--


A NURSE to be says..

My photo
kata pepatah.."times is gold.."but for nurses "a seconds is life.." if A NURSE late for one second it mean a nurse have kill a people.. so means.. NURSING is not an easy job..NURSE hand's is healing but in the same time it killing.. when nurses make a mistake..they will get a punishment..but when they do save your life or healing your parents..do you say 'thank you nurse'? or even give a smile..

Monday, January 14, 2013

Bila Dipuji Ada Yang Melenting

Belum lagi hilang penat tapi dah kene marah-marah. Manusia ni memang selalu tak puas hati bila kita lebih sikit. Biar pun kelebihan kita tu sebesar kuman pun tak menjejaskan dia, tapi dia tetap nak jatuhkan kita juga!

Penat lelah semalam, melupakan masa tidur, membiarkan perut kosong, menyepahkan buku di meja tinggalkan boyfriend sendirian, tak sempat call mak dan banyaklah benda terabai. Bukan nak mengungkit tapi itulah usaha kami dah ini lah kejayaan kami. Tapi kenapa setiap kejayaan kami mesti di hancurkan perasaan kami? Kenapa kejayaan kami menbuat kamu begitu sakit hati? Apa salah kami bila kami boleh buat yang terbaik untuk diri kami sendiri dan nama baik kalian? Bukankah itu perkara yang membanggakan? Kenapa sentiasa ada tindakan negatif setiap daripada kamu bila mendengar kami dipuji. Pujian yang amat sedikit tu tak menjejaskan kedudukan kamu, kerjaya kamu mahupun harta kamu. Dan pujian itu datang kerana usaha kami.

Tentu sekali kalian tak tahu perkara di sebalik tabir. Kalau boleh nak saja kami tunjukkan the making of our usaha, biar kalian tahu betapa kami bersusah payah untuk persembahkan yang terbaik di depan kalian. Nak saja kalian dengar bunyi denyut jantung kami yang kencang ni, rasakan sakitnya kepala kami yang tidur 3 jam saja semalam dan penatnya kami kehulu kehilir dapatkan keperluan. Itu tak temasuk habis duit beli barang dan call orang untuk pinjamkan barang. Bukan senang nak jadikan ia sesempurna itu. 

Tentu seronok jika setiap usaha dihargaikan? Tak perlu diberi sijil atau hadiah, sekadar kata-kata semangat sudah cukup menghilangkan penat dan lelah. Lagi seronok bila setiap kejayaan dikongsi bersama. Semua orang gembira dan menjadikan contah atau pembakar semangat untuk jadi lebih baik dari itu. Bestnya kalau keadaan di sini berubah begitu kan? Semua orang menjadi positif dan bersaing secara sihat. Kita semua pasti lebih gembira. Percayalah, bila kita bersama-sama seikhlas hati pasti kita lebih bahagia.

Sunday, January 13, 2013

A NURSE to be......soon


5 months less..... Tak pasti apakah perasaan sekarang.. Pagi-pagi tadi ada sesi pengambaran untuk daftar LJM (Lembaga Jururawat Malaysia) dengan kata lain untuk dapatkan lesen jadi nurse.. Woww.. Jadi nurse?? Am I sure? I am going to be a nurse soon? Oh my God!!

Bila tengok gambar.. Macam suka pulak. Tapi bila difikirkan nak jadi staffnurse dah lepas ni macam-macam perasaan ada. Takut, berdebar, tak nak, tak suka dan banyaklah tak dari nak. Kenapa eh? Memang asalnya saya tak pernah terfikir untuk jadi nurse apalagi minat nak jadi nurse. Selama saya hidup sedikit pun tak pernah terlintas dihati kecil ni nak jadi nurse sampai la  sekarang. As now i'am going to be a nurse soon pun saya masih fikir untuk kerja benda lain someday.. Sedangkan dah cukup ilmu untuk dibekalkan ke wad tapi kenapa masih tak timbul perasaan minat pada kerjaya ni. Ditawarkan dengan gaji lumayan, pekerjaan tetap, tak perlu bayar apa-apa hutang, segala kemudahan di depan mata.

Walau apa pun.. Saya tetap akan graduated in nursing soon. Dan akan dipanggil untuk bekerja as a nurse. Hmm....sumpah takut.. Macam-macam dalam fikiran ni. Macam mana kalau tersilap bagi ubat pada patient, pastu patient mati? Macam mana kalau patient bunuh diri time shift saya? OHHHH...Tidakkk..Dan lagi teruk kalau saya kene complain oleh klien dan surat complain sampai ke KKM dan seluruh dunia tahu saya jururawat yang looser??? XOXOXOXOXOX!! Takut takutt takuutttt..... Seluruh kerjaya akan musnah. Kehidupan pun hancur bila dipenjarakan nanti.

Puan Salmah kata nurse ni berada di tengah-tengah. sebelah kaki penjara sebelah lagi kerjaya. Kalau tersalah langkah akan ke penjara. Kalau tak salah terus berjaya. Jadi nurse ni tak boleh buat salah sikit pun. Law salah je musnah lah masa depan.. Sebab kerjaya nurse melibatkan nyawa seseorang. Setiap kesilapan meragut nyawa. Jadi..Sama jer maksudnya kalau saya tersilap bagi ubat kat patient dan patient meninggal ibarat saya telan racun untuk bunuh diri sendiri. So.. Nurse-nurse semua mesti jaga patient macam dia jaga diri sendiri. Oke =)


p/s : opss..terlupa ayat sebenar Puan Salmah..
tapi maksudnya camtu la..


with love,
SUZYRASHID

Saturday, January 12, 2013

Service is LOVE. . .

Cannot set mind on Saturday..
Hi guys.. Unhappy Saturday because i have to attend class ganti untuk cuti raya cina.. Macam sekolah kan?
Patutlah orang panggil sekolah misi. Kalau nak cuti lebih mesti kene ganti. Nanti tak cukup hours.. Alaa.. Kelas cukup tapi cuti tak cukup pun tetap gak ada isu tak cukup hours.. Kenapa?

Sebab bukan senang nak jadi misi.

Nurse is holistic.. They have to be flexible in every situation come out.. They have to  use critical thinking to solve whatever problem in front of them. Every person have different problem or situation but there are only one nurse with them. For your information, statistic in Malaysia show that
1 nurse : 200 patients. Do you think it was possible to you to take care of 200 peoples in one time? But, that what nurse do now. Nursing never stop. 24 hours giving nursing care, and every service is LOVE.

Service is LOVE..
credit to Puan Salmah for teach me the way i should move. Being professional is a step to be a nurse. Why we need to be professional? supaya setiap nurse dapat menangani apa jua masalah dengan baik dan sempurna. Nurse adalah mereka yang berdepan dengan masyarakat. Means mereka berdepan dengan pandangan dan kritikan setiap orang. Bukan saja orang yang dirawat malah ahli keluarga mereka, saudara mara dan kawan-kawan mereka.

NURSE bukan sahaja berkhidmat dengan pesakit yang datang ke hospital atau klinik, mereka juga memberi khidmat kepada keluarga pesakit dan orang awam. Perkhidmatan nurse tidak membezakan pangkat, harta, fahaman politik mahupun agama. Setiap perkhidmatan yang diberikan tidak diharapkan balasan atau hadiah apalagi ganjaran. Setiap perkhidmatan yang diberikan dengan penuh kasih sayang dengan penuh harapan supaya cepat sembuh dan jangan datang lagi ke rumah sakit ni. Sebabbbb..... Ini rumah sakit untuk orang yang sakit saja. =) kan NURSE?

Memberi khidmat penuh kasih sayang tak kira masa sampaikan anak, suami, emak, ayah di rumah kadang terabai. Bergaduh laki bini pumpangpumpang tapi tetap mengukir senyuman bila melangkah ke hospital. Putus tunang, putus cinta, kekasih lari tinggal sendiri tapi tetap setia merawat pesakit walau hati sendiri tak terawat.
Kalau kadang termasam muka, nurse juga manusia biasa, jadi harap diabaikan dan dimaafkan. Intervensi nursing memberi sokongan emosi sentiasa dipraktikkan. Sedih dipujuk, marah disejukkan takut diteman. Pernahkah terfikir dikala seorang nurse menghadapi kemarahan pesakit, kedegilan pesakit, amukan pesakit di waktu yang sama dia juga punya masalah. Mungkin kematian keluarga. Siapa tahu dan siapa ambil tahu?
Apa jua keadaan diri sendiri, setiap nurse tetap jua mengharapkan kesihatan pesakitnya pulih segara dan sepenuhnya. Servis is LOVE.....


p/s : semoga anda lebih menghargai nurse..
kalau tak der nurse tak der sape na rawat anda..
dr  tak bersama anda... =)


with love,
SUZYRASHID 



Friday, January 11, 2013

silence is better than hurting others

silence mean you keep your word inside.. Hurting mean u make someone down.. So..
If you said something that will make people feel down.. Better u keep it in your self..
Do you think you know what had happened? And if you use your mind enough.. Is it what they said is logic?
Ask your self lah sayang..

My ma pernah berkata "salah ke betul ke, kita akan tetap salah selagi kita berada di bawah"  maksudnya my ma nak saya faham yang hidup ni kadang-kadang memaksa kita menerima kesalahan atau tomahan walaupun kita berkata baik atau benar... Atau dengan maksud yang tersurat.. Pangkat adalah kemenangan dan kebenaran.. Jadi.. Jika saya punya pangkat yang tinggi saya boleh menjatuhkan sesiapa saja dengan sesuka hati la? Anda setuju?

Jika orang itu bertanya adakah saya marah atau tak puas hati. Jawapannya tidak, saya kecewa dengan diri saya kerana sikap saya membuatkan anda terpaksa bersusah payah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan maruah saya, ibu saya disini, dan orang-orang di sekeliling saya. Dan saya juga terfikir adakah anda patut di hormati dengan kelakuan anda yang begitu teruk.

"Mulut manusia macam tempayan" kata pujangga. Nak tutup tempayan pun susah apalagi mulut manusia. Sepatah kita cakap sepuluh patah dia tokok tambah. Apa yang lebih hebat, dia berjaya buat orang lain lebih tempayan dari dia. Kalau lah saya berpeluang, saya teringin nak tanya dia, adakah dia puas hati dengan kerjaya murahan ni? Di sebabkan NURSE adalah professional, saya tidak perlu lah melenting.

Kenapa nak percaya karma sedangkan kita orang islam wajib beriman pada qada' dan qadar? Sudah ditentukan nasib saya begini hari ini, dan tak perlulah saya mengharapkan balasan buruk pada mereka yang memburuk-burukkan saya serta orang yang menambah burukkan saya. Kerana takdir ALLAH S.W.T itu sentiasa ada hikmatnya. Wassalam..


p/s     jangan mudah melatah  takut terpelanting =)
credit to sayang mama kerana sudi mendengar luahan rasa


with love,
SUZYRASHID