time


hai--


A NURSE to be says..

My photo
kata pepatah.."times is gold.."but for nurses "a seconds is life.." if A NURSE late for one second it mean a nurse have kill a people.. so means.. NURSING is not an easy job..NURSE hand's is healing but in the same time it killing.. when nurses make a mistake..they will get a punishment..but when they do save your life or healing your parents..do you say 'thank you nurse'? or even give a smile..

Monday, January 14, 2013

Bila Dipuji Ada Yang Melenting

Belum lagi hilang penat tapi dah kene marah-marah. Manusia ni memang selalu tak puas hati bila kita lebih sikit. Biar pun kelebihan kita tu sebesar kuman pun tak menjejaskan dia, tapi dia tetap nak jatuhkan kita juga!

Penat lelah semalam, melupakan masa tidur, membiarkan perut kosong, menyepahkan buku di meja tinggalkan boyfriend sendirian, tak sempat call mak dan banyaklah benda terabai. Bukan nak mengungkit tapi itulah usaha kami dah ini lah kejayaan kami. Tapi kenapa setiap kejayaan kami mesti di hancurkan perasaan kami? Kenapa kejayaan kami menbuat kamu begitu sakit hati? Apa salah kami bila kami boleh buat yang terbaik untuk diri kami sendiri dan nama baik kalian? Bukankah itu perkara yang membanggakan? Kenapa sentiasa ada tindakan negatif setiap daripada kamu bila mendengar kami dipuji. Pujian yang amat sedikit tu tak menjejaskan kedudukan kamu, kerjaya kamu mahupun harta kamu. Dan pujian itu datang kerana usaha kami.

Tentu sekali kalian tak tahu perkara di sebalik tabir. Kalau boleh nak saja kami tunjukkan the making of our usaha, biar kalian tahu betapa kami bersusah payah untuk persembahkan yang terbaik di depan kalian. Nak saja kalian dengar bunyi denyut jantung kami yang kencang ni, rasakan sakitnya kepala kami yang tidur 3 jam saja semalam dan penatnya kami kehulu kehilir dapatkan keperluan. Itu tak temasuk habis duit beli barang dan call orang untuk pinjamkan barang. Bukan senang nak jadikan ia sesempurna itu. 

Tentu seronok jika setiap usaha dihargaikan? Tak perlu diberi sijil atau hadiah, sekadar kata-kata semangat sudah cukup menghilangkan penat dan lelah. Lagi seronok bila setiap kejayaan dikongsi bersama. Semua orang gembira dan menjadikan contah atau pembakar semangat untuk jadi lebih baik dari itu. Bestnya kalau keadaan di sini berubah begitu kan? Semua orang menjadi positif dan bersaing secara sihat. Kita semua pasti lebih gembira. Percayalah, bila kita bersama-sama seikhlas hati pasti kita lebih bahagia.

No comments: